• pic1
  • pic7
  • pic7
  • pic21
  • pic7
  • pic7
  • pic3
  • pic4
  • pic5
  • pic7
  • pic6
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7

ASAS PENUBUHAN DARUL HANAN

'Darul Hanan' bermaksud 'Rumah Kasih Sayang' adalah sebuah rumah anak yatim dan miskin yang diurus Persatuan terbabit, iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bebas.

Darul Hanan ialah sebuah badan kebajikan yang cukup unik. Penubuhan Persatuan ini pada tahun 1992 adalah berdasarkan kepada rasa tanggungjawab YBhg Puan Sri Datin Noorzilah, selaku pengasas dan Pengerusi, Darul Hanan serta Ahli Jawatankuasa beliau untuk merapatkan kasih sayang sesama mereka yang kurang bernasib baik serta membela nasib anak-anak yang kehilangan ibubapa.

Hasil daripada usaha para keahlian, persatuan berjaya mendirikan rumah anak yatim dan miskin yang dikenali sebagai Darul Hanan di atas sebidang tanah seluas 4 ekar berhampiran Masjid Jamek Pasir Gudang yang telah diwakaf. Bangunan pertama Darul Hanan mula dibina pada 1992 dan menerima kemasukan kumpulan pertama seramai 31 orang anak perempuan pada 10 Januari 1993.

Harapannya adalah untuk menjadikan Darul Hanan sebagai tempat berteduh yang memberi sinar kepada anak-anak yang memerlukannya dan memastikan mereka dapat memperolehi kehidupan yang lebih sempurna untuk masa depan serta menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif sesama mereka. Kemudian, pada 21 November 1995, Darul Hanan mula menerima kemasukan kumpulan anak lelaki seramai 31 orang. Sehingga 2010, Darul Hanan telah memberi manfaat kepada hampir 353 orang anak yang terdiri daripada 203 perempuan dan 154 lelaki. Pada 2010, jumlah anak yatim dan miskin yang mendiami Darul Hanan adalah seramai 64 orang (26 orang lelaki dan 38 orang perempuan).

Di antara objektif penubuhan Darul Hanan adalah untuk menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat khususnya anak-anak yatim dan miskin yang belum mendapat perhatian dan perlindungan, memberi penekanan ke atas pembelajaran mereka bagi mencapai taraf kehidupan yang lebih baik serta menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif bagi membendung masalah sosial. Dalam hal ini, Darul Hanan turut bekerjasama dengan persatuan, pertubuhan dan badan-badan lain yang mempunyai tujuan yang sama.

Darul Hanan memberi penekanan ke arah ilmu pengetahuan dan mementingkan sahsiah diri anak-anak untuk memastikan bahawa anak-anak yang dijaga mencapai taraf pelajaran dan sahsiah diri yang tinggi agar dapat membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih sempurna di masa hadapan. Ini dapat digambarkan melalui kaedah pemilihan mereka yang layak ditempatkan di Darul Hanan. Selain daripada kelayakan dari segi pendapatan dan latarbelakang keluarga, mereka juga turut dinilai dari segi pencapaian akademik.

Sejauh ini, seramai 40 orang anak Darul Hanan berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di mana 11 daripadanya masih di bawah tanggungan Darul Hanan. Untuk meningkatkan tahap pencapaian cemerlang serta minat anak-anak terhadap pelajaran, mereka dijanjikan insentif sebagai perangsang kejayaan. Tujuannya ialah sebagai satu dorongan dan semangat kepada anak-anak untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, dijadikan inspirasi kepada anak-anak lain untuk mengikuti jejak langkah mereka serta menjamin tahap pencapaian akademik anak-anak Darul Hanan setiap masa.

Anak-anak Darul Hanan turut digalakkan terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sukan dan ko-kurikulum lain bagi mengisi masa lapang mereka. Mereka diberi kebebasan menjalankan aktiviti-aktiviti sama ada yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Darul Hanan mahu pun NGO lain. Mereka mempunyai jadual harian masing-masing yang diselia oleh Pentadbir serta Petugas yang dilantik sepenuh masa. Mereka disediakan kelas tuisyen dan mempunyai jadual tetap untuk mengulangkaji pelajaran. Mereka juga terbabit dengan aktiviti riadah seperti berkayak, bersenam, bergotong-royong. Malah ada juga yang diberikan pendedahan dalam sukan pelayaran dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Malaysia.

Hasil daripada pengurusan yang cemerlang dan pentadbiran yang teratur, Darul Hanan pernah dianugerahkan 'Rumah Terbaik Keseluruhan Anak-anak Yatim Malaysia 2004' oleh Kelab Lion di Kuala Lumpur berdasarkan kepada keputusan peperiksaan UPSR, PMR & SPM tahun 2003 yang mempunyai bilangan 'A' yang banyak.

Darul Hanan juga pernah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor Kali Ke-16 pada 2009 yang disertai 9 pertubuhan anak yatim di bawah Jawatankuasa Penyelaras Anak-anak Yatim Negeri Johor.

Pada masa yang sama juga pihak pengurusan telah mengamalkan jimat cermat di dalam perbelanjaan operasi Darul Hanan. Berkat penjimatan yang diambil, selepas 16 tahun beroperasi, pengurusan Darul Hanan berupaya membeli sebidang tanah seluas satu ekar di Pasir Gudang bagi tujuan pelaburan jangka panjang bagi menampung perbelanjaan operasi, ini memandangkan Darul Hanan beroperasi tanpa bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Darul Hanan diharapkan dapat memberi sinar kepada kehidupan insan yang kurang bernasib baik khasnya anak-anak yatim. Perkembangan pesat kawasan perindustrian Pasir Gudang daripada penduduk nelayan kepada kawasan industri, sudah tentunya memerlukan keseimbangan sosial yang mana mereka yang kurang bernasib baik juga perlu dibela bagi memenuhi keperluan sosial dan rohani.

Ia juga dibuat atas dasar menyumbang bakti kepada masyarakat di kawasan berhampiran, yang mana masih terdapat ramai anak-anak yatim dan miskin yang belum mendapat perhatian dan pembelaan serta atas kesedaran tiada siapa lagi akan membantu anak-anak ini melainkan masyarakat sekelilingnya.


KONSEP PEMBINAAN DARUL HANAN

  1. 1. Dibina atas sebidang tanah seluas 4 ekar dikurniakan oleh Kerajaan Negeri atas nama PKENJ dengan syarat khas digunakan untuk Tapak Bangunan Asrama anak-anak Yatim dan lain-lain bangunan yang berkaitan dengannya.

  1. 2. Berdasarkan kepada tujuan dan harapan penubuhan Darul Hanan "Rumah kasih Sayang" serta untuk menerapkan ciri-ciri Kekeluargaan bagi mengelakkan masalah sosial kemudian hari, maka pembinaannya dibuat atas pemilihan konsep Rumah Banglo dua tingkat Khas setiap satu untuk anak Perempuan dan Anak Lelaki.

  1. 3. Kos pembinaan sebuah rumah sahaja adalah sebanyak RM 575,000. Bagi membiayai kos pembinaan ini, Pertubuhan /Ahli telah melaksanakan pelbagai projek untuk pengisian tabung khas dengan mengadakan jualan malam amal, jualan barangan terpakai, derma & sumbangan syarikat di kawasan Pasir Gudang dan Syarikat dalam kumpulan JCorp.

  1. 4. Kini Persatuan Kebajikan Darul Hanan telah megorak langkah dengan membina Dewan Serbaguna "Dewan Ajwa" untuk kemudahan pada penghuninya dengan hasil daripada Jualan Amal Kurma Ramadhan.


Setiap rumah mempunyai :

Di tingkat Atas
  • - 3 buah bilik tidur yang dilengkapi dengan kamar mandi, bilik persalinan
  • - Bilik sembahyang
Di tingkat bawah
  • - Ruang makan, ruang tetamu serta ruang pejabat
  • - Ruang belajar & perpustakaan
  • - Serta ruang legar untuk istirehat dan riadah
Konsep seperti ini membuatkan setiap penghuninya berasa bagai berada di dalam sebuah keluarga besar dan bahagia.



Waktu Solat

Menu Sisi

Perihal Anak Biro Borang Lagu Darul Hanan

Kenyataan

Sukacita kami maklumkan bahawa syarikat yang menderma ke Darul Hanan adalah diberi pelepasan cukai menurut:

Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1997.

LHDN 01/35/42/51/175/176-6 4251 tahun 1995.

 

Anda Pengunjung Ke :
© Copyright 2011- 2020 www.darulhanan.com.my
All Rights Reserved. Privacy Statement | Terms of Use | Active By: Abg Is | Admin Login