• pic1
  • pic7
  • pic7
  • pic21
  • pic7
  • pic7
  • pic3
  • pic4
  • pic5
  • pic7
  • pic6
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7
  • pic7

HARAPAN PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL HANAN

Adalah menjadi harapan Pertubuhan ini yang mana keahliannya terdiri daripada anggota pekerja wanita dan para Isteri anggota pekerja lelaki Johor Corporation dan anggota pekerja wanita syarikat dalam kumpulannya untuk memberi khidmat bakti serta merapatkan lagi kasih sayang sesama mereka yang memerlukan khususnya anak-anak yatim, orang miskin dan yang kurang bernasib baik disamping untuk memberikan perhatian dan kasih sayang kepada mereka.

Berdasarkan kepada tanggungjawab serta harapan ini maka Persatuan ini mengambil langkah untuk mendirikan Rumah Anak yatim dan Kurang Bernasib Baik di Pasir Gudang, Johor Bahru yang dikenali sebagai "DARUL HANAN" yang bermaksud "RUMAH KASIH SAYANG". Darul Hanan merupakan sumber inspirasi kepada keahliannya untuk mewujudkan masyarakat penyayang.

HARAPAN

  1. Untuk membela nasib mereka yang kurang bernasib baik semoga mereka menjadi ahli masyarakat yang dapat membina dan membela bangsa dan keluarga.

  2. Harapan Darul Hanan agar dapat terus menjadi tempat `berteduh' yang memberi sinar kepada anak-anak yang kurang bernasib baik dan memastikan anak-anak penghuni Darul Hanan dapat memperolehi kehidupan yang lebih sempurna untuk masa depan mereka.

  3. Diharap anak-anak Darul Hanan dapat menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif sesama mereka dan keakraban silaturrahim agar tidak berputus apabila mereka keluar dari Darul Hanan kelak.

  4. Ingin melihat lebih ramai anak-anak Darul Hanan memperolehi kejayaan di dalam bidang pelajaran dan berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi.

  5. Lebih ramai yang sudi tampil untuk memberi sumbangan kepada Tabung Pengurusan Darul Hanan bagi membiayai kehidupan dan pembelajaran anak-anak di sini dan mengalu-alukan sumbangan didalam bentuk wang ringgit dan kebendaan.

OBJEKTIF DARUL HANAN

  1. Menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya anak-anak yatim dan miskin yang belum mendapat perhatian dan perlindungan.

  2. Penekanan ke atas pembelajaran bagi mencapai taraf kehidupan yang lebih baik .

  3. Menerapkan nilai-nilai kekeluargaan yang positif bagi membendung masalah sosial di kemudian hari.

  4. Mendokong konsep masyarakat prihatin dan masyarakat penyayang.

  5. Bekerjasama dengan persatuan, pertubuhan dan badan-badan lain yang berdaftar dan mempunyai tujuan yang sama.

POLISI PENGAMBILAN ANAK

Anak-anak yang layak untuk tinggal di Darul Hanan adalah terdiri dari anak-anak yatim dan dari keluarga miskin. Walaubagaimana pun jika anak tersebut adalah yatim, kriteria ekonomi waris adalah diutamakan.

Keutamaan akan diberi kepada anak-anak dari Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Masai, Ulu Tiram dan Johor Bahru sebelum menerima dari kawasan-kawasan lain. Jika terdapat permohonan dari lain-lain daerah di Negeri Johor atau Malaysia, kes tersebut akan dipertimbangkan mengikut merit oleh Jawatankuasa Pengurusan Darul Hanan.

Semua kemasukan anak-anak mesti melalui proses pengambilan anak-anak mengikut prosedur yang sedia ada di Darul Hanan dan mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Darul Hanan.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama amat dititik beratkan di Darul Hanan dengan mewajibkan anak-anak di sini menghadiri sekolah agama anjuran Jabatan Agama Islam Johor di Pasir Gudang. Selain daripada itu, guru khas dilantik untuk membantu anak-anak untuk mengerjakan amalan-amalan agama Islam seperti sembahyang secara berjemaah, berpuasa kelas Fardu 'Ain dan membaca Al-Quran.

Para Pegawai dan petugas Darul Hanan bertanggungjawab untuk memberikan perhatian dan bantuan di dalam pelajaran anak-anak. Kelas tambahan akan disediakan untuk membantu anak-anak yang lemah di dalam pelajaran mereka.

PENGURUSAN & PENTADBIRAN

Pengurusan Darul Hanan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Darul Hanan yang di lantik melalui pemilihan di Mesyuarat Agong tahunan 2 tahun sekali. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Darul Hanan merupakan penasihat kepada operasi Darul Hanan.

Pentadbiran Darul Hanan dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dan berkebolehan dalan menjaga dan mendidik anak-anak. Pegawai –pegawai di sini diketuai oleh seorang Pentadbir yang mempunyai kelulusan di peringkat Ijazah dan di bantu oleh 4 orang pembantu Tadbir setiap rumah dan 3 orang tukang masak. Semua petugas-petugas ini bertugas secara bergilir-gilir dalam 3 syif.

PUNCA KEWANGAN

  1. Sumbangan/Derma masyarakat sekitar Pasir Gudang

  2. Sumbangan derma Ahli melalui potongan gaji dan sumbangan bulanan dari syarikat-syarikat Johor Corporation dalam Kumpulannya atau melalui projek yang diusahakan oleh Darul Hanan.

  3. Sumbangan dari kilang-kilang di sekitar Kawasan Perindustrian Pasir Gudang.

  4. Melalui projek-projek khas yang diusahakan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Ahli–ahli Pertubuhan Persatuan Kebajikan Darul Hanan seperti Jualan Amal Kurma Ramadan, Jualan Barangan Terpakai dan Jualan Meja Malam Amal.

Kenyataan :

Sukacita ingin kami maklumkan bahawa syarikat yang menderma ke Darul Hanan adalah di beri pelepasan cukai menurut seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1997.

LHDN 01/35/42/51/175/176-6 4251 tahun 1995


Waktu Solat

Menu Sisi

Perihal Anak Biro Borang Lagu Darul Hanan

Kenyataan

Sukacita kami maklumkan bahawa syarikat yang menderma ke Darul Hanan adalah diberi pelepasan cukai menurut:

Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1997.

LHDN 01/35/42/51/175/176-6 4251 tahun 1995.

 

Anda Pengunjung Ke : 3310
© Copyright 2011- 2012 www.darulhanan.com.my
All Rights Reserved. Privacy Statement | Terms of Use | Design By: Rawasia Studio | Admin Login